Ahad, 18 Oktober 2009

KURSUS KADAR PTT KANAN REJIMEN 508 ASKAR WATANIAH




Kursus ni aku ikuti semasa aku mengajar di SJKC Tuan Poon Simpang rengam, Kluang Johor.
Kursus ni selama sebulan. GB aku masa tu mcm tak yakin nak benarkan aku pergi. Dia tak baca perintah am bab C le tu....ditelefonnya PPD Kluang depan aku...tanya, tuan...! cikgu saya nak pergi latihan askar ni boleh lepaskan ke ? Dalam corong telefon tu aku dengar suara.....benarkan dia pergi..itu arahan dan tak boleh kita halang. Jadi pergilah aku ke Kem Rasah melapor diri untuk kursus tu. Kursus ni wajib untuk anggota yang ingin memakai pangkat lans koperal ( 1 calit kat lengan le tu ). Ramai juga yang ikut kursus tu. Hampir 40 orang pelatih dari ketiga-tiga batalion . Aku masa tu dalam batalion 1 Kem Sikamat, manakala batalion 2 di Kem Bukit Beruang, Melaka dan batalion 3 di Kuala Pilah Negeri Sembilan .



Hari pertama kursus aku sampai petang lebih kurang pukul 3.40ptg. Sampai sahaja terus orientasi kem. ( berkawad sambil mengenal persekitaran kem ) Hampir 2 jam lebih kami dilanyak ke hulu ke hilir sampai hendak pitam dibuatnya. Ini adalah kursus pertama aku ikut sepanjang menjadi anggota simpanan/ wataniah. Latihan teruk ke tidak ? Aku rasa kursus BTN yang pernah aku ikuti dulu hanya 5 % sahaja teruknya berbanding kursus kadar ni. Hampir 85% standard latihan tentera sebenar/ rekrut tentera darat. Tak ada masa rest langsung. kalau ada pun malam, itu pun pada minggu pertama sahaja.

Alamak....dah dekat pukul 1pagi la...aku sambung lagi la cerita aku ni esok.....hahaha!



























Sabtu, 10 Oktober 2009

CORETAN HIDUP SEBAGAI GURU PELATIH MAKTAB DAN ANGGOTA SIMPANAN ASKAR WATANIAH

Aku mula mendaftar sebagai guru pelatih maktab pada awal Disember 1994. Aku masuk maktab agak lewat iaitu ketika usia aku hampir 24 tahun. 3 bulan sebelum panggilan maktab aku sebenarnya telah mendapat tawaran kerja sebagai pegawai Imiresen di Jabatan Imigresen JBahru. Tapi aku menolak jawatan itu. Teruk aku kena kutuk dan dimarahi oleh abang-abang aku kerana menolak jawatan itu. Mujur rezeki aku dalam bidang perguruan. Semasa pendaftaran masuk maktab itu para pelatih diberi pilihan memilih unit beruniform sendiri. Aku memilih Gerko Wataniah kerana aku memang berminat dengan pasukan beruniform ini sejak di bangku sekolah lagi. Di bawah Gerko ini pensyarah aku adalah Lt Mohd Tahir Bin Mustapha ( pegawai sukarela/simpanan Rejimen 508 AW Kem Jalan Sikamat ). Beliau waktu itu adalah pensyarah Jabatan Pendidikan. Banyak ilmu tentang pendidikan dan ketenteraan aku dapat daripada beliau. Aku menyandang pangkat pegawai dalam Rejimen Askar Wataniah ini adalah daripada nasihat, didikan dan galakkan beliau. Dalam semester aku masa itu hanya 17 orang ( semua lelaki ) diterima masuk sebagai anggota wataniah MPRM. Aku cukup bangga menyarung baju batik tentera ini...ahh ! kadang-kadang terasa hensem ( hahaha...) menyarung uniform keramat ini semasa latihan unit uniform di maktab pada setiap petang khamis itu. Awek2 maktab masa tu jeling-jeling mata dan senyum mengoda pada kami semasa kami berkawad kemas di hadapan cafetaria @ pun di sepanjang laluan jalan di kawasan maktab. ( tak taulah senyum kerana kagum ngan kehenseman kami beruniform tentera ataupun gelihati melihat aksi kami berkawad barangkali...hahaha ) Dua tahun setengah aku aktif dalam gerko wataniah. Macam-macam aktiviti yang aku ikuti. Aku pernah mendaki Gunung Angsi sebanyak 4 kali sepanjang di MPRM. Dua kali sebagai peserta Ekspidisi dan 2 kali sebagai rescue/ anggota penyelamat. Ketika menjadi rescue itulah aku hampir jatuh gaung. Mujur umurku panjang. Sejak itu aku fobia dan terus berhenti daripada mengikuti aktiviti mendaki gunung bersama anggota wataniah. Sehinggalah pada tahun 2005 barulah aku mulakan semula minat itu dengan mendaki Gunung Datuk di Rembau. Kini dah empat tahun aku tinggalkan aktiviti itu. Rasanya dengan usia menjangkau 38 tahun dan badan yang kurang mantap, rasanya minat aku berkubur setakat itu sahaja.

Ketika cuti semester 2, aku mengikuti latihan tahunan di Kem Kongkoi Jelebu. Seminggu aku di Kem Rasah dan Seminggu lagi di sana. Teruk kami dikerjakan dengan latihan keras dan memeritkan oleh Koperal Karim jurulatih Renjer yang turut serta dalam latihan itu.
Seminggu itulah kami seramai 23 orang terdiri daripada 8 anggota sem 2, 7 anggota sem 3 dan 8 anggota sem 4 merasa untuk kali pertama makan rangsum tempur yang biasa dibawa oleh tentera2 kita apabila operasi di hutan/ perbatasan negara. Masak menggunakan mess tin cukup menyeronokkan. Yang masak nasi mentah...ahhh ! balun ajelah pasal dah lapar masa tu. Biskut keras yang tak lalu dimakan pun habis dimakan disebabkan latihan yang memeritkan dek kelaparan. Tapi itu semua pengalaman yang amat menyeronokkan bila dikenang-kenangkan.
Kawad tempur seksyen, tempur platun, serangan khemah musuh, serang hendap kenderaan, serang hendap dan kawad menduduki pengkalan semua kami pelajari dan hadapi dalam latihan seminggu itu. Berjalan kaki 10 km memang memenatkan dengan pek tergantung dibelakang..ahh!!! bagaimana anggota tentera kita yang operasi di hutan, lurah bukit, gunung, sungai, paya, dan semuanya terpaksa diharungi bersama demi tugas mempertahankan negara.


Inilah wira-wira MPRM semasa latihan tahunan di Kem Kongkoi, Jelebu, Negeri Sembilan pada pertengahan Disember 1995

Kenangan yang cukup pahit yang kadang-kadang manis bila dikenangkan ialah bila kami seramai 23 orang direndam dalam sungai kumbahan air getah yang agak kehijauan airnya... disuruh menyelam lagi kami...ahh!!! alang-alang dah basah... kami terus menyelam. Yang gelihatinya 4/5 orang apek dan nyonya cina sedang memesin getah keping 30 meter daripada kami. Aku lihat mereka mengeleng2kan kepala tanda pelik barangkali kepada kami.

Ketika aku di semester 4, aku join lagi latihan tahunan di Serting Negeri Sembilan hingga sampai ke Bera. Teruk juga latihan masa tu. Konsep latihan masa itu adalah CW ( Peperangan Terbuka ). Aduh...!!! jenuh kami mara dalam jarak hampir 15km. Dalam fasa mara itulah kami terpaksa membersihkan 5 bound yang rata-ratanya agak tinggi. Mencungap2 juga kami dibuatnya. Maklumlah bukit yang dipenuhi anak-anak sawit penuh dengan parit-parit kecil dan tebing. Itu yang membataskan pergerakan mara kami. Tapi keseluruhan latihan itu berjaya kerana kami bergabung 3 batalion di bawah Rejimen 508. Aku tinggalkan sementara bumi MPRM untuk menjalani latihan praktikum di SK Serting Ilir, Batu Kikir, Negeri Sembilan.


Antara wataniah MPRM yang terlibat dalam latihan tahunan di Serting Negeri Sembilan.


Pada awal bulan 6, kami mengikuti Kursus Induksi selama 3 minggu. Masa inilah kami kehilangan seorang rakan yang sama2 aktif dalam wataniah iaitu Allahyarham Idris yang meninggal dunia kerana Hepititis B. Sedih kami.. kerana allahyarham tidak dapat bersama-sama kami menabur bakti dalam dunia pendidikan yang amat mencabar ini.

Selepas tamat induksi, kami semua kembali ke kampung halaman. Sebulan lebih kami menggangur. Aku sempat kerja di kilang papan 16km dari kampung aku selama 3 minggu untuk mencari duit poket. Aku kerja 12 jam ( 9.00 pagi hingga 9 mlm ). Akhirnya pada minggu ke 2 bulan Ogos 1997 aku dapat surat posting. Aku telah ditempatkan di SJKC Simpang Rengam, Kluang, Johor dan mula mengajar pada 11/ 8/ 1997. Walaupun sedih kerana jauh daripada ibu aku, namun aku gagahkan juga semangat untuk mengajar di situ sehinggalah penghujung Disember 1999. Wpun jarak perjalanan melalui Highway Utara Selatan dari Simpang Rengam ke kampung aku sejauh 140km namun boleh dikatakan tiap2 petang Jumaat aku balik kampung dengan Honda EX5ku untuk menjengok ibuku yang tinggal berdua dengan abang aku masa itu. Maklumlah aku anak bongsu dalam keluarga, jadi aku agak rapat dengan ibuku yang telah membesarkan aku sendirian sejak kematian bapa aku pada tahun 1980 ketika aku dalam darjah 3. Kini hampir 4 tahun lebih ibu aku meninggalkan aku untuk selama2nya. Azam aku kini ialah mengupahkan haji untuk mereka berdua, mengaqiqahkan mereka berdua dan membuat korban sekali lagi untuk mereka berdua. Dan kini aku...anak yatim piatu. Dan untuk ibu dan ayahku...akan ku bersedekah selalu setiap solat jumaat atas namamu, surah al-fatihah dan al-Kursi buatmu berdua setiap solat lima waktuku sehinggalah Allah menjemputku untuk sama-sama menjadi penghuni alam baqa bersamamu nanti.
..................ALFATIHAH

GAGAH MENGGEMPUR MUSUH


Petang itu tepat 1730 kami telah diarahkan oleh ketua kompeni untuk bergerak ke kawasan operasi.
Dengan kekuatan satu platun seramai 30 anggota, kami bergerak ke kawasan tanggungjawab dengan penuh waspada kerana persekitaran yang amat bahaya dengan kawasan kelilingnya berbukit dan semak samun.Kebarangkalian untuk diserang hendap musuh amat tinggi.

Tengu's Avatar

KURSUS SENJATA BANTUAN

Ini adalah kursus yang amat mencabar dan membahayakan sekali. Mana tidaknya, kursus ini mengajar semua anggota cara mengendalikan senjata bantuan kompeni/ batalion dengan betul. Kesilapan semasa mengendalikan pelbagai senjata ini boleh mengundang padah/ maut.

Pernah terjadi satu peristiwa bagaimana seorang pelatih kursus ( palapes UKM ) hampir maut bersama jurulatih semasa latihan membaling granet/ bom tangan di Lapang Sasar Kem Gurun, Kedah semasa latihan seminggu di sana. Kejadian tersebut berlaku mungkin disebabkan kecuaian pelatih/ perasaan gementar dan takut. Ini menyebabkan bom tangan yang sepatutnya dibaling ke sasaran terlepas. Kecekapan jurulatih yang turut sama dalam latihan membaling bom tersebut telah serta merta menarik pelatih dan meniarap bersama di tembok bersebelahan. Risiko bom tersebut meletup adalah 7 saat selepas dicabut pinnya. Bayangkan selepas 2 saat mereka meniarap bom tersebut meletup di kubu bersebelahan. Gema letupan cukup kuat pada masa itu. Andai jurulatih juga gugup/ terleka masa itu sudah pasti 2 nyawa gugur sia-sia di kawasan latihan itu.

Diringkaskan cerita, dalam kursus ini aku dan 2 orang rakan daripada Rejimen 508 Seremban telah terlewat 2 hari melapor di Puswatan. Puncanya Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) di Kem Rasah tiada doktor perubatan untuk kami menjalani medical check-up sebelum melapor ke Puswatan. Akibatnya kami terpaksa ke RSAT di Pusat Latihan Asas Darat (PUSASDA) PD. Di sana kami terpaksa menjalani pemeriksaan kesihatan bersama-sama anggota rekrut Tentera Darat yang baru 3 minggu menjalani latihan. Selepas selesai kami terus ke Puswatan Ipoh dengan menaiki Proton Wira aku. Kami sampai di Puswatan hampir pukul 8 malam. Pada pukul 9 malam kami telah dibariskan di hadapan berek. Waktu inilah kami semua telah didera dengan teruk sekali dalam situasi change-parade. Bayangkan semasa berbaris itu, kami telah diarahkan untuk berpakaian baju melayu lengkap bersamping dalam tempoh masa 4 minit dan berbaris semula. Akibatnya ramai gagal mematuhi masa kerana terpaksa naik turun tangga berek disamping kesulitan mencari pakaian masing-masing kerana masih berada di dalam beg pakaian. Bayangkan kami turun naik tangga, selongkar dan salin pakaian itu ini dalm masa yang amat terhad itu. Bagi setiap kelewatan itu kami semua pelatih telah dipaksa tekan tubi sebanyak 50X bagi setiap kelewatan itu. Dengan 6 kali sesi bermakna kami semua telah melakukan tekan tubi itu sebanyak 300X pada malam itu. Dan yang paling seksa apabila kami semua terpaksa berpakaian lengkap loreng ( pakaian perang ) lengkap dengan pack berisi pasir/ berat lebih kurang 2 biji batu bata semasa change-parade ke 6. Letih dan azabnya cukup terasa kerana jurulatih pegawai Kapten Syed cukup terkenal sebagai jurulatih yang suka mendera pelatih kursus. Malam itu peluh jantan kami gugur juga membasahi bumi lantaran dek penangan Kapten Syed itu. Dalam hati memang terbuku perasaan benci yang meluap-luap, namun bila difikirkan semula memang itulah harga yang perlu dibayar oleh setiap pelatih kursus yang datang menjalani latihan di sana. Kami juga tahu latihan seperti itu adalah asas kepada semangat esprit-de corp dikalangan kami semua.


Pagi esoknya kami semua ( yg beragama islam ) diwajibkan pula ke surau pasukan untuk solat subuh berjemaah. Itulah rutin kami selama sebulan di sana ( kecuali hari Sabtu dan Ahad ). Tepat pukul 6.30 pagi kami semua yang berseluar loreng dan ber t-shirt putih dilanyak pula untuk latihan pendidikan jasmani. Daripada putih, baju kami semua penuh tanah dan lumpur disamping basah dek embun yang membasahi rumput padang. Daripada melompat, kami diayak pula merangkak, berguling, berlari ke setiap penjuru padang. Letihnya tuhan saja yang tahu. Pening, muntah angin macam-macam terasa apabila berguling ke penjuru padang. Bumi bagai berputar rasanya. Mujur perut kosong hanya angin yang keluar. Tepat 7.15 pagi latihan PJ kami tamat. Maka berlarilah kami ke berek masing-masing untuk mandi dan berpakaian loreng lengkap bagi mengikuti kelas pagi yang bermula 8.15pagi. Biasanya pukul 7.40pagi kami telah berpakaian lengkap dan terus ke dewan makan Wisma Perwira ( pelatih berpangkat pegawai) untuk sarapan pagi. Bagi anggota LLP ( Lain-lain pangkat ) mereka bersarapan di Wisma Bintara ( pelatih berpangkat sarjan hingga PW 2) manakala yang berpangkat koperal di Wisma Petanda.

Pada minggu pertama kursus selalunya kami belajar teori Ilmu Medan Perang (IMP). Pada mggu ke 2 teori dan ujian, minggu ke 3 latihan praktikal dan minggu ke 4 teori,ujian dan exam.
Pada hari ke 3/4 kami selalunya akan menjalani orientasi kem. Pada masa ini selalunya jurulatih pegawai akan mendera kami dengan pelbagai jenis aktiviti lasak spt tekan tubi 100X, tepuk lalat ( PT 10 ) 100X dan beberapa lagi pergerakan yang memeritkan. Itu belum lagi merangkak dan berguling di padang/ jalan bertar di waktu panas terik matahari. Berlari keliling kem dengan melakukan pelbagai pergerakan dan diakhiri di kawasan merempuh halangan - meniti tangga kambing, memanjat tembok 6 kaki tinggi, 12 kaki tinggi, monkey rack dan direndam di dalam kolam yang penuh lumpur dan berkeladak. Semuanya merupakan pengalaman yang menyeksakan tetapi menyeronokkan. Rutin pagi kami sepanjang hari ialah solat subuh berjemaah, senaman pagi ( 6.30-7.15pg), Sarapan pagi, Kelas IMP ( 8.15 - 10.15pg ) rehat, sambung kelas ( 10.35 - 1.05tgh ). Manakala waktu petang riadah/ bersukan ( 3.30-6.00 ptg ). Malam biasanya kami keluar ke bandar Ipoh untuk lepaskan tension latihan dengan pekena roti canai dan teh madras di gerai mamak. Balik kul 1 @ 2.00 pg. Pegawai lewat masuk kem tak apa..tapi kalau lain2 pangkat...lewat selepas kul 12 tgh mlm.....alamat pg esok pikul batang balak 5 kaki panjang pusing padang kawad la....hahaha. Hari minggu pertama dan kedua kami biasanya diberi cuti. Minggu ke 3 & 4 pula selalunya kami berada di kawasan latihan/ medan. Jadi kami berlatih 7 hari seminggu le....

Minggu kedua
Dalam minggu ni...kami akan menghadapi ujian berkaitan IMP yang diajar. Dalam kursus tentera ini yang menariknya berbanding kursus dalam sektor awam, kami akan berbaris/ berkawad dalam setiap tempat yang kami tuju. Kadang-kadang kami berlari...bagi rakan-rakan yang agak debab beb....fuyoo mengah, tercungap-cungap melayan stamina rakan-rakan yang berbadan fitnes/ mantap.

Minggu ke 3
Pada awal minggu kami akan mengajar kelas senjata mengikut sindiket/ kumpulan masing-masing. Bermakna kami akan menjadi pengajar kepada rakan-rakan dalam kumpulan mengikut tajuk/ jenis senjata yang diberikan. Buat dajal...biasalah tu, kadang-kadang rakan-rakan pekena kan kita semasa sedang mengajar....tujuannya untuk menguji tahap kesabaran dan pengetahuan kita tentang senjata/ tajuk yang diajar.

Denda....!!! dalam tentera perkara biasa. Bukan apa supaya pelatih tidak leka, lalai atau ambil mudah tentang perkara yang diajar. Senjata contohnya...bukan boleh buat main-main kerana ia melibatkan nyawa. Kesilapan semasa mengendalikannya pasti mengundang nyawa. Dalam kursus senjata kami selalunya akan pergi ke Kem Hobart Gurun Kedah pada minggu ke 3, selama seminggu. Di sana kami akan berlatih menggunakan peluru dan bom hidup. Ini bermakna kami kena buat dengan betul dan tahap disiplin yang tinggi.

Kem Hobart, Gurun ! sebut sahaja namanya pasti bagi anggota/ bekas-bekas tentera yang pernah ke sana tau apa ada di sana. Kem sejak zaman British ini banyak meninggalkan kisah suka, duka, misteri dan menyeramkan. Tempat yang banyak memakan korban anggota tentera kita dan tentera asing yang berlatih di situ.

Kisah bunyi orang mandi di bilik air pada lewat tengah malam sering berlaku. Padahal masa itu tidak ada seorang pun yang berada di tempat itu. Di tengah lapang sasar yang dikelilingi hutan simpan pun berlaku juga mistik yang pasti meremangkan diri sesiapa yang mengalaminya. Kisah bunyi riuh rendah/ dinding seperti diketuk orang kadang-kadang berlaku di gudang simpanan peluru di lapang sasar itu sehingga hari ini. Kelibat makhluk berkawad tanpa kepala di awal pagi dinihari juga berlaku seperti yang dialami oleh 3 rakan kami yang mana salah seorang daripadanya adalah kakitangan Jabatan Agama Islam Sabah. Ah terlalu banyak misteri untuk diceritakan. Biarlah ianya menjadi misteri hidup kami yang pernah menjalani latihan di tempat itu. Latihan menembak senjata berat GPMG cukup menyeronokkan. Peluru sebesar jari telunjuk itu pasti membunuh sesiapa yang berada di jarak 1800m ( 1.8km ).


http://www.62infantry.com/images/GPMG_SF_smaller.jpg http://mercenarypaintball.com/armory/images/Hand_Grenade_White_Size_500.jpg http://www.skydozer.com/Art/photos/Equipment/60mm-mortar.gif
Senjata GPMG ( kiri ), bom tangan ( tengah ) dan Mortar 60mm ( kanan )

Bunyi dentumannya bagaikan alunan muzik di tempat yang sunyi sepi itu...waktu malam juga kami menembak di lapang sasar itu. Tapi yang menyeronokkan apabila mengendalikan mortar 60mm. Melihat peluru mortar melonjak ke udara dan meletup 400m dihadapan cukup mengujakan. Tapi takut juga apabila pagi itu aku dan rakan Lt Muda Anderson dari Sabah terkedu apabila peluru motarnya tidak meletup/ menuju sasaran. Kami berdua ( seorang mengendalikan senjata mortar dan seorang memasukkan peluru ) terkedu apabila peluru yang dimasukkan oleh Ltm Anderson tidak meletup. Selepas mengoncang2kan batang mortar selama 60 saat seperti dalam prosedur pengendalian, kami terpaksa mengeluarkan peluru tersebut daripada batang mortar. Ah...! andai meletup masa itu juga/ terjatuh di hadapan kami pasti kami terbunuh waktu itu juga. Waktu itulah masing2 terbayang keluarga di rumah yang ditinggalkan.
Bagaikan menatang bayi kecil Ltm Anderson membawa peluru mortar tersebut di balik tembok sebelum diletupkan oleh pakar letupan Askar Jurutera di akhir latihan. Bayangkan pada petang itu 9 butir mortar hidup diletupkan. Bergegar lapang sasar masa itu. Rupa-rupanya mortar yang kami gunakan itu bertarikh 1974 made in USA ( 3 tahun selepas aku dilahirkan ). Ah...ngarutkan ! tapi itulah harga yang perlu kami bayar untuk mengikuti latihan tentera ini yang ramai rakan-rakan guru/ orang awam tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu. Bila dikenangkan patutlah negara kita teknologi tenteranya 5 tahun ke belakang berbanding negara-negara jiran. Demi memberikan keselesaan dan kemakmuran kepada rakyat...tentera kita menjadi mangsa kerana menggunakan teknologi yang lapuk dan berisiko. Namun apakah penghargaan yang rakyat berikan...kepada mereka-mereka ini ? Ah...mungkin rakyat negara kita terlalu senang dan mewah hinggakan tidak tahu menghargai keamanan yang dihasilkan daripada pasukan keselamatan ini.

http://www.mil.ee/im/varustus/relvapilt/carlgustav_1.jpg http://www.army.mil.nz/nr/rdonlyres/8d38bc0f-827b-4452-99e1-52063f9995d9/0/carlgustav84mm.jpg
Inilah jenis sama senjata carlgustav yang digunakan semasa latihan di kem Hobart, Gurun, Kedah

Senjata berikutnya yang kami pelajari ialah Carlgustav. Ini senjata anti kereta kebal. Negara lain dah banyak tak guna senjata ni. Tapi negara kita masih gunakan lagi khasnya kursus yang melibatkan anggota wataniah. Setiap orang dapat 2 butir menembak. Pada hari tersebut hujan lebat turun. Tapi latihan diteruskan juga apabila hujan reda dan renyai2. Target kami ialah kereta perisai lama yang terletak 400m dari lokasi kami berdiri. Ada yang kena sasaran..fuh !! handal juga walaupun hanya anggota simpanan, tapi....tak kurang juga yang menjahanamkan dahan dan puncak pokok..tak kena la tu...jauh daripada sasaran. Tapi sekurang2nya kami tahu juga mengendalikan senjata yang cukup ditakuti oleh trup kereta kebal tu.

Minggu ke 4
Kami sibuk dengan persiapan UKM ( Ujian Kemahiran Menembak ) yang diadakan di 2 RRD bersebelahan Puswatan. Alhamdulillah penyertaan daripada orang awam yang dijemput cukup ramai. Mereka inilah yang banyak memberikan sumbangan berbentuk hamper untuk hadiah pertandingan tersebut. Keseluruhan pertandingan UKM anjuran pelatih Kursus Siri 2/2004 itu berjaya dan mendapat pujian daripada Komandan.

Hari Terakhir Kursus
Sedih untuk berpisah ngan kawan2. Sebulan menghadapi suka duka latihan, maki hamun dan sebagainya ditelan bersama. Apapun latihan seperti itulah yang menjadikan aku seorang guru yang lebih berkualiti, berketrampilan dan bersemangat dalam setiap urusan harian di sekolah.
Buktinya..aku berjaya mengubahsuai sebuah tandas lama yang terbiar menjadi sebuah bilik SPBT Cemerlang peringkat Negeri dengan tulang empat kerat ini dengan dibantu 2 orang pekerja sekolah...daripada memecahkan tembok untuk buat tingkap, menyimen dan membuat rak buku semuanya dilakukan dengan semangat dan kesungguhan. Kadang-kadang aku terpaksa tidur di sekolah apabila waktu cuti untuk membuat kerja-kerja pertukangan ini. Daripada Replika Menara KL, Menara Jam, Pondok Mini PSS, Pondok Kitar Semula, Meja kaunter PSS, Rostrum ( tempat berucap ), Pondok Herba, Pondok bacaan dan macam-macam lagi semuanya dilakukan hasil daripada didikan dalam tentera yang mengutamakan tugas daripada lain-lainnya.

zoom_malaysia

KURSUS KETUA PLATUN

Kursus ini dijalankan selama sebulan di Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN), Kem Gunung Panjang Tambun, Perak. Ini bermakna aku terpaksa mengambil cuti tanpa rekod yang memang layak diambil oleh kakitangan awam yang menyertai pertubuhan/ pasukan sukarela. Sebulan pergi bermakna, sebulan juga aku terpaksa meninggalkan isteri dan anak-anak di rumah.Ah...! kesian mereka. Isteriku memang tidak suka dan tidak menyokong aku menyertai pasukan simpanan ini. Aku faham jiwa perempuannya. Walaupun aku sebenarnya amat mengharapkan sokongan padu daripada isteriku sendiri. Kekadang terasa hati juga bila isteriku memperlekehkan aku bila pergi latihan / kursus. Semasa aku ditauliahkan sebagai pegawai simpanan tentera darat dalam Rejimen Askar Wataniah oleh Yang DiPertuan Agung masa tu Sultan Sallahuddin Abd Aziz Shah dan turut ditandatangani oleh Dato' Najib ( Menteri Pertahanan ) masa tu...isteri aku tak ucap tahniah pun kat aku. Sedih juga sebab pangkat aku ni tauliah agung beb....berbeza ngan pegawai polis yang ditauliahkan oleh Menteri Dalam Negeri. Memang pangkat ni tak bawak ke mana pun...tapi sebagai pegawai simpanan tentera darat...aku dan pegawai2 simpanan wataniah lain adalah setaraf ngan pegawai2 tentera tetap yang berkhidmat dalam ATM. Kami boleh dikerah bila2 masa jika keadaan memerlukan/ apabila negara darurat atau dalam peperangan. Tapi alhamdulillah...selepas sepuluh tahun hidup bersama isteri aku nampaknya dah memahami minat aku dalam pasukan simpanan ni. Bila aku gi latihan sikapnya tak macam dulu lagi. Dah ada sokongan walaupun tak sepenuhnya. Itu pun dah cukup bagi aku. Cuma kebelakangan ni, aku teringin sekali bergambar bersama isteri dan anak2 aku dalam uniform tentera...Sesetengah2 isteri kekadang bangga dengan penglibatan suami dalam pasukan wataniah ni. Contohnya ada seorang guru ( member aku juga ), yang cukup suka bila pergi latihan @ kursus... , sebab isteri beliau akan menyiapkan, menggosok uniform, dan memastikan segalanya lengkap..walaupun beliau tak suruh pun. Bila ditanya...isterinya bangga kerana suaminya cukup segak beruniform tentera dan punya 2 kerjaya guru dan tentera. Yang gelihati...kata member aku tu, isterinya dah hafal jenis2 pakaian tentera daripada pakaian no. 1 hinggalah no. 10. Tapi....itu tak semua berlaku sebab jarang sekali kita dengar isteri yang suka ditinggalkan oleh suaminya dalam tempoh yang lama. Namun aku gagahkan juga semangat untuk mengikuti latihan ketenteraan ini demi minat dan rasa tanggungjawab kepada negara. Dah namanya kursus tentera, azab latihan memang terasa. Bagi mereka yang pernah mengikuti kursus BTN yang keras sedikit latihannya, itu hanya 5% daripada apa yang aku dan rakan-rakan seperjuangan alami di Puswatan. Latihan yang kami jalani adalah 80% latihan ketenteraan yang sebenar dialami oleh anggota tetap. Tapi bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa...aku dan rakan-rakan harungi juga latihan ini.
Yang seronok dan menariknya kursus ini berat badan aku telah susut sebanyak 7 kilogram sepanjang sebulan latihan di sana.










cscX

































Sabtu, 2009 Oktober 10

GAGAH MENGGEMPUR MUSUH

Petang itu tepat 1730 kami telah diarahkan oleh ketua kompeni untuk bergerak ke kawasan operasi.Dengan kekuatan satu platun seramai 30 anggota, kami bergerak ke kawasan tanggungjawab dengan penuh waspada kerana persekitaran yang amat bahaya dengan kawasan kelilingnya berbukit dan semak samun.Kebarangkalian untuk diserang hendap musuh amat tinggi.

KURSUS KETUA PLATUN

Kursus ini dijalankan selama sebulan di Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN), Kem Gunung Panjang Tambun, Perak. Ini bermakna aku terpaksa mengambil cuti tanpa rekod yang memang layak diambil oleh kakitangan awam yang menyertai pertubuhan/ pasukan sukarela. Sebulan pergi bermakna, sebulan juga aku terpaksa meninggalkan isteri dan anak-anak di rumah.Ah...! kesian mereka. Isteriku memang tidak suka dan tidak menyokong aku menyertai pasukan simpanan ini. Aku faham jiwa perempuannya. Jarang sekali kita dengar isteri yang suka ditinggalkan oleh suaminya dalam tempoh yang lama. Namun aku gagahkan juga semangat untuk mengikuti latihan ketenteraan ini demi minat dan rasa tanggungjawab kepada negara. Dah namanya kursus tentera, azab latihan memang terasa. Bagi mereka yang pernah mengikuti kursus BTN yang keras sedikit latihannya, itu hanya 5% daripada apa yang aku dan rakan-rakan seperjuangan alami di Puswatan. Latihan yang kami jalani adalah 80% latihan ketenteraan yang sebenar dialami oleh anggota tetap. Tapi bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa...aku dan rakan-rakan harungi juga latihan ini.
Yang seronok dan menariknya kursus ini berat badan aku telah susut sebanyak 7 kilogram sepanjang sebulan latihan di sana.

LATIHAN TAHUNAN 1998

Aku masih ingat semasa mengikuti latihan tahunan ni negara kita sedang menganjurkan SUKAN KOMANWEL 98 buat julung kalinya. Ketika upacara perasmian aku sedang menjalani latihan medan di kawasan kelapa sawit di Pedas, Negeri Sembilan. Latihan pada masa itu melibatkan 3 fasa peperangan iaitu mara, serangan dan pertahanan. Mujur fasa pengunduran tidak ada. Ketika latihan medan aku berpangkat lans kopral tapi terpaksa berperanan sebagai sarjan dalam platun 1. Sebagai platun sarjan banyak tugas yang terpaksa aku lakukan. Daripada senjata , peluru, rangsum tempur, kebajikan anggota, tugas2 di medan dan banyak lagi terpaksa aku lakukan. Naik sakit kepala aku dan 2 orang lagi rakan yang senasib denganku. Pada.......sambung esoklah aku ada hal ni.....hehehe