Sabtu, 10 Oktober 2009

CORETAN HIDUP SEBAGAI GURU PELATIH MAKTAB DAN ANGGOTA SIMPANAN ASKAR WATANIAH

Aku mula mendaftar sebagai guru pelatih maktab pada awal Disember 1994. Aku masuk maktab agak lewat iaitu ketika usia aku hampir 24 tahun. 3 bulan sebelum panggilan maktab aku sebenarnya telah mendapat tawaran kerja sebagai pegawai Imiresen di Jabatan Imigresen JBahru. Tapi aku menolak jawatan itu. Teruk aku kena kutuk dan dimarahi oleh abang-abang aku kerana menolak jawatan itu. Mujur rezeki aku dalam bidang perguruan. Semasa pendaftaran masuk maktab itu para pelatih diberi pilihan memilih unit beruniform sendiri. Aku memilih Gerko Wataniah kerana aku memang berminat dengan pasukan beruniform ini sejak di bangku sekolah lagi. Di bawah Gerko ini pensyarah aku adalah Lt Mohd Tahir Bin Mustapha ( pegawai sukarela/simpanan Rejimen 508 AW Kem Jalan Sikamat ). Beliau waktu itu adalah pensyarah Jabatan Pendidikan. Banyak ilmu tentang pendidikan dan ketenteraan aku dapat daripada beliau. Aku menyandang pangkat pegawai dalam Rejimen Askar Wataniah ini adalah daripada nasihat, didikan dan galakkan beliau. Dalam semester aku masa itu hanya 17 orang ( semua lelaki ) diterima masuk sebagai anggota wataniah MPRM. Aku cukup bangga menyarung baju batik tentera ini...ahh ! kadang-kadang terasa hensem ( hahaha...) menyarung uniform keramat ini semasa latihan unit uniform di maktab pada setiap petang khamis itu. Awek2 maktab masa tu jeling-jeling mata dan senyum mengoda pada kami semasa kami berkawad kemas di hadapan cafetaria @ pun di sepanjang laluan jalan di kawasan maktab. ( tak taulah senyum kerana kagum ngan kehenseman kami beruniform tentera ataupun gelihati melihat aksi kami berkawad barangkali...hahaha ) Dua tahun setengah aku aktif dalam gerko wataniah. Macam-macam aktiviti yang aku ikuti. Aku pernah mendaki Gunung Angsi sebanyak 4 kali sepanjang di MPRM. Dua kali sebagai peserta Ekspidisi dan 2 kali sebagai rescue/ anggota penyelamat. Ketika menjadi rescue itulah aku hampir jatuh gaung. Mujur umurku panjang. Sejak itu aku fobia dan terus berhenti daripada mengikuti aktiviti mendaki gunung bersama anggota wataniah. Sehinggalah pada tahun 2005 barulah aku mulakan semula minat itu dengan mendaki Gunung Datuk di Rembau. Kini dah empat tahun aku tinggalkan aktiviti itu. Rasanya dengan usia menjangkau 38 tahun dan badan yang kurang mantap, rasanya minat aku berkubur setakat itu sahaja.

Ketika cuti semester 2, aku mengikuti latihan tahunan di Kem Kongkoi Jelebu. Seminggu aku di Kem Rasah dan Seminggu lagi di sana. Teruk kami dikerjakan dengan latihan keras dan memeritkan oleh Koperal Karim jurulatih Renjer yang turut serta dalam latihan itu.
Seminggu itulah kami seramai 23 orang terdiri daripada 8 anggota sem 2, 7 anggota sem 3 dan 8 anggota sem 4 merasa untuk kali pertama makan rangsum tempur yang biasa dibawa oleh tentera2 kita apabila operasi di hutan/ perbatasan negara. Masak menggunakan mess tin cukup menyeronokkan. Yang masak nasi mentah...ahhh ! balun ajelah pasal dah lapar masa tu. Biskut keras yang tak lalu dimakan pun habis dimakan disebabkan latihan yang memeritkan dek kelaparan. Tapi itu semua pengalaman yang amat menyeronokkan bila dikenang-kenangkan.
Kawad tempur seksyen, tempur platun, serangan khemah musuh, serang hendap kenderaan, serang hendap dan kawad menduduki pengkalan semua kami pelajari dan hadapi dalam latihan seminggu itu. Berjalan kaki 10 km memang memenatkan dengan pek tergantung dibelakang..ahh!!! bagaimana anggota tentera kita yang operasi di hutan, lurah bukit, gunung, sungai, paya, dan semuanya terpaksa diharungi bersama demi tugas mempertahankan negara.


Inilah wira-wira MPRM semasa latihan tahunan di Kem Kongkoi, Jelebu, Negeri Sembilan pada pertengahan Disember 1995

Kenangan yang cukup pahit yang kadang-kadang manis bila dikenangkan ialah bila kami seramai 23 orang direndam dalam sungai kumbahan air getah yang agak kehijauan airnya... disuruh menyelam lagi kami...ahh!!! alang-alang dah basah... kami terus menyelam. Yang gelihatinya 4/5 orang apek dan nyonya cina sedang memesin getah keping 30 meter daripada kami. Aku lihat mereka mengeleng2kan kepala tanda pelik barangkali kepada kami.

Ketika aku di semester 4, aku join lagi latihan tahunan di Serting Negeri Sembilan hingga sampai ke Bera. Teruk juga latihan masa tu. Konsep latihan masa itu adalah CW ( Peperangan Terbuka ). Aduh...!!! jenuh kami mara dalam jarak hampir 15km. Dalam fasa mara itulah kami terpaksa membersihkan 5 bound yang rata-ratanya agak tinggi. Mencungap2 juga kami dibuatnya. Maklumlah bukit yang dipenuhi anak-anak sawit penuh dengan parit-parit kecil dan tebing. Itu yang membataskan pergerakan mara kami. Tapi keseluruhan latihan itu berjaya kerana kami bergabung 3 batalion di bawah Rejimen 508. Aku tinggalkan sementara bumi MPRM untuk menjalani latihan praktikum di SK Serting Ilir, Batu Kikir, Negeri Sembilan.


Antara wataniah MPRM yang terlibat dalam latihan tahunan di Serting Negeri Sembilan.


Pada awal bulan 6, kami mengikuti Kursus Induksi selama 3 minggu. Masa inilah kami kehilangan seorang rakan yang sama2 aktif dalam wataniah iaitu Allahyarham Idris yang meninggal dunia kerana Hepititis B. Sedih kami.. kerana allahyarham tidak dapat bersama-sama kami menabur bakti dalam dunia pendidikan yang amat mencabar ini.

Selepas tamat induksi, kami semua kembali ke kampung halaman. Sebulan lebih kami menggangur. Aku sempat kerja di kilang papan 16km dari kampung aku selama 3 minggu untuk mencari duit poket. Aku kerja 12 jam ( 9.00 pagi hingga 9 mlm ). Akhirnya pada minggu ke 2 bulan Ogos 1997 aku dapat surat posting. Aku telah ditempatkan di SJKC Simpang Rengam, Kluang, Johor dan mula mengajar pada 11/ 8/ 1997. Walaupun sedih kerana jauh daripada ibu aku, namun aku gagahkan juga semangat untuk mengajar di situ sehinggalah penghujung Disember 1999. Wpun jarak perjalanan melalui Highway Utara Selatan dari Simpang Rengam ke kampung aku sejauh 140km namun boleh dikatakan tiap2 petang Jumaat aku balik kampung dengan Honda EX5ku untuk menjengok ibuku yang tinggal berdua dengan abang aku masa itu. Maklumlah aku anak bongsu dalam keluarga, jadi aku agak rapat dengan ibuku yang telah membesarkan aku sendirian sejak kematian bapa aku pada tahun 1980 ketika aku dalam darjah 3. Kini hampir 4 tahun lebih ibu aku meninggalkan aku untuk selama2nya. Azam aku kini ialah mengupahkan haji untuk mereka berdua, mengaqiqahkan mereka berdua dan membuat korban sekali lagi untuk mereka berdua. Dan kini aku...anak yatim piatu. Dan untuk ibu dan ayahku...akan ku bersedekah selalu setiap solat jumaat atas namamu, surah al-fatihah dan al-Kursi buatmu berdua setiap solat lima waktuku sehinggalah Allah menjemputku untuk sama-sama menjadi penghuni alam baqa bersamamu nanti.
..................ALFATIHAH