LANGIT PETANG

CORETAN HIDUPKU SEPANJANG 15 TAHUN DALAM ASKAR WATANIAH - Merasai pengalaman hidup dalam dunia ketenteraan yang sering mencabar telah menjadikan aku seorang guru yang lebih berdisiplin, bertanggungjawab, komited dan sanggup menempuh pelbagai cabaran dunia pendidikan.

Sabtu, 10 Oktober 2009

Dicatat oleh PERAJURIT TANAH AIR di 1:05 PG
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Batalion Ke 2,
Rejimen 508 Askar Wataniah,
Kem Jalan Kelab 70300 Tampin, Negeri Sembilan

Arkib Blog

  • ▼  2009 (13)
    • ►  10/18 - 10/25 (1)
    • ▼  10/04 - 10/11 (12)
      • CORETAN HIDUP SEBAGAI GURU PELATIH MAKTAB DAN ANGG...
      • GAGAH MENGGEMPUR MUSUH
      • KURSUS SENJATA BANTUAN
      • KURSUS KETUA PLATUN
      • LATIHAN TAHUNAN 1998
      • Tiada tajuk
      • Tiada tajuk
      • Tiada tajuk
      • Tiada tajuk
      • Tiada tajuk
      • Tiada tajuk
      • Cerita Seorang Perajurit Muda

KURSUS TENTERA YANG TELAH AKU JALANI/ IKUTI

i. Asas rekrut 1994/95
( setahun - ikut jam latihan 240jam )
ii. Kursus KADAR PTT Kanan (November 1997)
( sebulan - Kem Rasah)
iii. Kursus Bakal Pegawai (Jun 1999 )
( sebulan - Kem Rasah )
iv. Kursus Ketua Platun (April 2002)
( sebulan - Puswatan )
iiv.Kursus Senjata Bantuan (Jun 2004)
( sebulan - Puswatan )
KECUAIAN MEMBAWA MAUT

MILITARY HELICOPTER SHIPBOARD LANDING ACCIDENT - GIF - ANIMATION

Waspada Dengan Musuh










ADAKAH MASUK WATANIAH DAPAT INCOME TAMBAHAN

JIKA ANDA SEORANG BERPANGKAT PEGAWAI
( Lt Muda hingga Lt Kolonel )
Jam latihan 7.00 pagi -7.00 mlm ( 12 jam )
bersamaan RM 5.80 X 12jam = RM 69.60

Elaun perjalanan
Jarak - contoh 40km x 2 ( pergi balik )
bersamaan 80km X RM 0.60 = RM 48.00

Elaun pergi latihan sehari
RM 69.60 + RM 48.00
= RM 117.60

Makanan disediakan oleh kem/ ATM

JIKA ANDA SEORANG ANGGOTA LLP
( Prebet hingga PW 1)
Jam latihan 7.00 pagi -7.00 mlm ( 12 jam )
bersamaan RM 4.00 X 12jam = RM 48.00

Elaun perjalanan
Jarak - contoh 40km x 2 ( pergi balik )
bersamaan 80km X RM 0.60 = RM 48.00

Elaun pergi latihan sehari
RM 48.00 + RM 48.00
= RM 96.00

Makanan disediakan oleh kem/ ATM

SIAPAKAH YANG BOLEH MENJADI ANGGOTA ASKAR WATANIAH

- Warganegara Malaysia
- Kakitangan Awam, swasta @ bekerja sendiri
- Pelajar berumur 18 tahun ke atas
- Tiada rekod jenayah
- Sihat tubuh badan
- Berkelulusan PMR ke atas
- Lelaki/ perempuan berumur antara 18 - 40 tahun
- Bujang/ berkahwin

INGIN TAHU ELAUN LATIHAN ANGGOTA WATANIAH

PEGAWAI
1 jam - RM 5.80

LAIN-LAIN PANGKAT
1 jam - RM 4.00

ELAUN PERJALANAN
Mengikut jarak & Jenis Kenderaan

KARIER AKU SEPANJANG 15 TAHUN BERKHIDMAT DALAM PASUKAN SIMPANAN TENTERA DARAT


TAHUN Dis 94 -
Mula masuk sebagai rekrut di MPRM
Tahun Dis 95
Aku disahkan sebagai anggota berpangkat prebet
Tahun Nov 97
Aku mengikuti Kursus KADAR selama sebulan dan dinaikkan pangkat daripada prebet ke Lans koperal
Tahun Jun 99
Aku mengikuti Kursus Bakal Pegawai Sukarela/ Simpanan Tentera Darat ( Wataniah )
Tahun 1 November 2000
Aku ditauliahkan sebagai pegawai berpangkat Lt Muda dalam Pasukan Rejimen Askar wataniah oleh Almarhum Sultan Sallahuddin masa itu dan diakui oleh Dato Seri Najib selaku Menteri Pertahanan.
Tahun 1 April 2004
Aku dinaikkan pangkat dari Lt Muda Ke Leftenan hingga sekarang

Sekarang aku sedang berusaha untuk mengikuti Kursus Pegawai Staf Rendah ( G3) untuk pakai Kapten. Masa tah ada tah tidak sebab anak2 dah bersekolah ni susah nak adjust. Isteri aku plak Jururawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, memang susah dapat cuti panjang.
Sepatutnya aku dah pergi Kursus G3 ni dan pakai kapten, tapi pasal kesilapan pegawai latih aku Mejar Zizan dulu masa tahun 2003 sampai sekarang aku masih jadi leftenan tua. Katanya aku lom cukup 2 kursus. Sebab masa tu aku baru gi kursus ketua platun, lom gi kursus senjata bantuan. Walhal semasa kursus tu berjalan ramai Palapes U yang lom gi apa-apa kursus boleh gi kursus G3 tu. Kalau nak banding lama berkhidmat dalam wataniah ni aku ni kira orang lama juga sebab dah join sejak Disember 94 lagi. Latihan tahunan & lanjutan tiap2 tahun gi. Jadi aku ngan sorang lagi member aku yang sama-sama maktab dulu masih le lagi pakai leftenan. Padahal aku adalah senior dan join dalam wataniah setahun lebih awal daripada rakan-rakan yang dah pakai kapten sekarang...Fuhh!!! bengang aku sampai sekarang ngan mejar tu. Puswatan kata boleh ikut kursus tu si mejar ni pulak memandai kata tak boleh.....Frust nonggeng jugak la aku dengan mejar sorang tu. Dalam grup aku yang sama2 dapat tauliah tahun 2000 dulu hanya tinggal aku bertiga je yang tercicir dari senarai kapten. Tapi kami tak kisah sangat pasal jawatan kapten tu sebab kami join wataniah ni bukan kejar pangkat tapi untuk sumbang sedikit bakti buat negara tercinta ini.



Pengikut

Mengenai Saya

PERAJURIT TANAH AIR
Aku hanya seorang guru biasa. Namun dalam masa yang sama aku juga seorang pegawai simpanan tentera darat (berpangkat leftenan) dalam Rejimen Askar Wataniah. Unit/ kem aku di Batalion 2 Kem Tampin NS.Setiap bulan biasanya aku menjalani latihan tempatan sebanyak 4 kali (Sabtu & Ahad) itupun jika tidak bertembung dengan jadual kuliah PJJ aku @ kenduri-kendara sedara-mara. Kalau bertembung miss lah aku ikut latihan tersebut. Laman blog ini sebagai coretan kenanganku sepanjang berkhidmat sebagai anggota simpanan tentera darat selama 15 tahun . Apapun aku amat bangga dan bersyukur kerana masih diberi kesihatan oleh Allah untuk terus berbakti dalam pasukan simpanan ini.Sesungguhnya uniform keramat inilah yang menjadikan aku seorang guru yang lebih tabah, berani menghadapi cabaran, lebih bersemangat waja dan mengutamakan kualiti kerja daripada yang lainnya. HIDUP ASKAR WATANIAH
Lihat profil lengkap saya
Tema Ringkas. Dikuasakan oleh Blogger.